Content Filter, Manji dan Privacy

Datang lagi update untuk hari ini bagi NightlyLibrary milik aku ni. So, aku ada terbaca beberapa artikel menarik di laman BBC (in fact, tak baca sampai habis pun lagi) dan juga sartu artikel menarik mengenai “problems with dissenting views” dan juga “online and social privacy“.

So, sediakan minda yang sedar dan sedia sebelum mula terjah koleksi aku.. woha !

The Malaysian Insider – Opinion
1. On books, coward and lazy people

Artikel hasil tulisan Encik Azrul Mohd Khalib, berkaitan dengan isu badan-badan agama dalam negara yang terus menyekat penjualan buku hasil tulisan Irshad Manji, dengan menyifatkan bahawa badan-badan agama ini tidak adil kerana menyekat buku berkenaan disebabkan oleh penulisnya yang menyokong LGBT, tetapi tidak menilai secara holistik isi buku berkenaan.

Itu apa yang dia fikir, namun yang menarik perhatian aku daripada hasil pembacaan kritikal terhadap artikel ini, iaitu “dissenting views and its effect on the lazy society“. Kemudian, quote daripada Voltaire yang aku rasa agak menarik, iaitu “I dissapprove of what you say but I will defend to the death your right to say“. By the way, sila baca artikel ini dengan minda 100% sedar dan bergaya.

BBC news and magazine – Content Filtering
1. Automatic bar on net porn considered
2. Could teenagers be stopped from looking at porn?
3. Porn, piracy and internet culture wars

Ini yang aku tak habis baca lagi ni. Item 2 & 3 tuh yang aku tak baca lagi secara mendalam. Suka aku baca tentang usaha diorang (kerajaan UK tidak silap aku) dalam usaha nak bendung porn ini merebak kepada anak-anak kecil dan anak-anak muda.

Quote yang aku ambil daripada Perdana Menteri David Cameron “I want to fully explore every option that might help children safer – including whether internet filters should be switched on as default“.

Social Privacy Problem
1. We Know What You Are Doing

Projek suka-suka daripada seorang programmer, di mana di bagitahu kepada umum bahawa tidak selamat menggunakan tetapan itu dan ini di Facebook kerana stream mereka boleh ditarik dengan senang melalui openGraph protocol itu dan ini.

Pendek kata, jangan gunakan tetapan “public” pada Facebook, use custom setting instead and define your configuration, like a boss.

Misc. items
1. Adaptive Image – usage details
2. 5 things I learned at the SLS

Adaptive Image itu, satu lagi hadiah kepada para designer laman web yang asyik duk fikir macam mana nak men-responsive-kan images dalam template design diorang, dengan menggunakan sedikit tweak pada .htaccess file dan juga tambah sedikit kod PHP. Nampak macam senang gila tapi aku tak pernah nak cuba. Haha.

Item nombor dua tuh hasil tulisan kawan aku, Syaza Nazura. Aku dah masukkan isi penting yang ada dalam artikel itu kepada “Faithful” aku. Woha!

Sekian sahaja setakat itu, terima kasih, jumpa lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s